BondaMama

  • Friday Jul 30th
  • Create an account
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
You are here: Home Asuhan

Asuhan

E-mail Print PDF

Asuhan @ BondaMama berkonsepkan kasih sayang dan tauladan dengan pengasuh anak-anak bertauliah. Anak adalah anugerah Allah SWT.  Asuhan BondaMama adalah pusat jagaan atau taska yang terbaik bagi anak-anak anda. Ini keranan kami yakin bahawa anak adalah  AMANAH kepada ibubapa Menjaga dan membesarkan anak-anak adalah satu amanah dan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh ibu bapa.

Dengan menjaga dan mendidik sendiri anak-anak kita dapatlah kita membentuknya mengikut acuan yang kita kehendaki agar menjadi seorang yang berguna pada masa akan datang.Namun dengan kepesatan kehidupan hari ini semuanya itu terpaksa kita timbangkan semula. Kekangan ekonomi serta kehendak dan keperluan hari ini memaksa kita untuk mengupah orang ketiga ataupun pengasuh untuk menjaga dan mendidik anak-anak kita. Ini kerana, ibu bapa sekarang perlu bekerja untuk menampung kehidupan seharian mereka dan anak-anak.

Di BondaMama kami melatih pengasuh-pengasuh agar bertindak sebagai ibu tumpangan semasa anak-anak diamanahkan kepada mereka. Mereka dilatih agar menyayangi anak-anak asuhan mereka seperti anak-anak mereka sendiri. Konsep penjagaan dan tauladan yang diberikan oleh BondaMama merupakan satu konsep baru dalam asuhan anak-anak di pusat-pusat asuhan.

 

 

 

Sertai Franchise BondaMama

kembang
Jika anda berminat untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dibawah skim latihan & franchise BondaMama
Sertai Bengkel Penubuhan Taska & Tadika pada hari Ahad 1 Ogos 2010 , jam 3.00 petang di Bilik Taklimat, Yayasan Keusahawanan Sosial , No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor (peta) atau hubungi 0173874324.
Sila isi borang dibawah ini :
butang1

Cawangan Asuhan & Kids Center