|
BondaMama Kids Center merupakan satu program terkini bagi asuhan dan pendidikan anak-Anak bemula dari bayi hingga kepada usia pra-sekolah. Setiap kanak-kanak yang di amanahkan kepada kami akan kami jaga dan didik dengan penuh kasih sayang. Itulah janji kami untuk para ibubapa/ penjaga. Taska Dari Rumah BondaMama dan Bondamama Kids Center berkonsepkan kasih sayang dan tauladan dengan pengasuh anak-anak bertauliah. Anak adalah anugerah ALLAH S.W.T. Anak adalah juga AMANAH kepada kami. Menjaga dan membesarkan anak-anak adalah satu amanah dan tanggungjawab yang wajib dipikul. BondaMama Kids Center mengandungi 4 komponen utama. |
|
Asuhan
Pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak ini adalah untuk anak-anak di bawah umur 4 tahun. Penjagaan dan asuhan yang teliti serta penuh kasih sayang adalah amalan kami. Setiap anak akan di dedahkan dengan pengalaman yang menyeronokkan serta menjadi tauladan untuk menuju kematangan fikiran.
|
Pra Sekolah
Pusat Pendidikan Pra-Sekolah dengan silibus yang maju dan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Negara. Menyediakan peluang dan kaedah yang sangat membantu anak-anak bagi memulakan pendidikan secara formal apabila melangkah ke alam persekolahan nanti.
|
|
| . | ||
|
Transit
Menyediakan kemudahan kepada pelajar tadika, pelajar sekolah rendah yang memerlukan jagaan dan bimbingan selepas waktu persekolahan harian sehingga petang. Pelbagai aktiviti masa lapang seperti tayangan video, komputer dan internet di sediakan.
|
|
Tuisyen
Kelas tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman. Telah terbukti mengeluarkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan tinggi daya saing. Sistem e-learning bersepadu secara on-line adalah kelebihan kami.
|
| ..... |
|
Skim Franchise BondaMama menyediakan peluang untuk anda memiliki dan menguruskan pusat asuhan serta pusat pendidikan awal kanak-kanak anda sendiri. Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) menyediakan berbagai perkhidmatan bagi merealisasikan impian anda. Kami mempunyai pakar-pakar yang berpengalaman yang mampu menukar premis anda kepada sebuah pusat asuhan dan pusat pendidikan awal kanak-kanak. Kami juga akan membantu anda memahami tentang peluang-peluang didalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Anda boleh memulakan Asuhan BondaMama dirumah anda atau mengembangkan kepada BondaMama Kids Center dipusat yang khas. Khidmat Nasihat Kami mempunyai pakar-pakar yang berpengalaman untuk membantu anda mengenali potensi pasaran setempat. Kami akan melakukan tinjauan pasaran (market survey) secara menyeluruh di lokasi yang anda berminat untuk membuka BondaMama Kids Center. Kakitangan kami kemudiannya akan mencadangkan kepada anda tentang bagaimana anda harus memulakan BondaMama Kids Center anda sendiri. Kursus dan Latihan Dibawah skim franchise BondaMama kami telah menyediakan satu modul yang intensif bagi kursus dan latihan yang berterusan untuk pemilik dan pengurus BondaMama. BondaMama dari masa kesemasa akan menganjurkan bengkel-bengkel pengurusan dan pentadbiran taska & tadika. BondaMama juga menganjurkan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dengan kerjasama agensi-agensi yang terpilih serta dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Latihan yang berterusan bagi guru-guru dan pembantu BondaMama adalah sebahagian dari komitmen kami. Ubahsuai premis (make over) Dengan kepakaran yang ada didalam pasukan kami premis anda akan bertukar wajah dalam masa 2 hari untuk menjadikan ianya sebuah bangunan yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak. Kami kemudiannya akan membimbing anda bagi memperolehi kelulusan bagi premis BondaMama Kids Center anda dari agensi-agensi yang terlibat.
|
Laman Utama
BondaMama Kids Center ialah pusat kecemerlangan kanak-kanak meliputi kurikulum pra-sekolah, kelas fardu ain, mengaji, kelas komputer dan tuisyen.
Pusat perkembangan bayi dan kanak-kanak dengan Kaedah Belaian Kasih Sayang Sebenar. Berkonsep penjagaan dan tauladan oleh pengasuh bertauliah.



